Guna Grab Berbaloi-kah?

Image result for grab malaysia

Assalamualaikum. Hari ini aku nak bercerita pasal satu pengakutan jalan raya yang semakin bagus dan berkembang.. Aku akui pada awalnya agak takut nak naik kereta milik orang lain tetapi selepas aku mencubanya beberapa kali akhirnya aku rasa puas hati dan sangat berbaloi.

GRAB ini macam teksi tapi bukan teksi. Kalau bercerita tentang teksi ini memang selalu keluar cerita-cerita yang tidak best. Contohnya pemandu teksi tidak kenakan meter dan menipu perjalanan yang menyebab tambang meter naik mendadak. Ada sesetangah yang terus letak harga dan melatakkan sebab-sebab tidak munasabah sebagai contoh jalan sesak, telalu dekat dan sebagainya.

Berbeza dengan Grab yang korang boleh Download secara pecuma di App Store atau Google PlayStore . Cara menempah sangat mudah. Apa yang menarik tentang grab ini adalah harga perjalanan sangat murah dan fix. Maksudnya jika jalan terlalu sesak, harga kekal sama seperti harga yang dipersetuji sebelum anda menaiki grab.

yang kedua adalah destinasi yang anda akan pergi akan di bawa sampai kedepan pintu. Jika anda menaiki teksi , ada sesetengah teksi yang berhenti di sesuatu tempat tanpa pesetujuan anda. Aku banyak kali juga bengang bila teksi berhenti tempat yang bukan tempat yang kita nak tuju.

Sepanjang aku guna Grab, macam-macam kereta aku naik. Dan kesemua kereta agak cantik,bersih dan bebas bau rokok. Perjalanan korang memang selesa gila. Jika korang tertinggal barang, korang boleh call pemandu grab itu semula atau menghantar support pada pihak grab.

Jom lah naik grab
Guna Grab Berbaloi-kah? Guna Grab Berbaloi-kah? Reviewed by Berita Premium on 6:41 AM Rating: 5

No comments

Post AD